Tuesday, February 22, 2011

1 Malaysia Terengganu Auto Promo Fair 2011

3 - 11 Mac 2011, Dataran Shahbandar, K. Terengganu.

Jom pakat serbu ramai-ramai.

Tuesday, June 22, 2010

Pertandingan Memancing Piala Bandaraya 2010




















Pertandingan Memancing Piala Bandaraya 2010 ini akan berlangsung pada 31 Julai 2010 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Semua pemancing dari seluruh Malaysia dijemput menyertai pertandingan ini. 500 peserta terawal akan mendapat T-shirt percuma. Hubungi 014-539 0737 (Abg. Din).

Monday, May 24, 2010

Karnival TM Cabaran Candat Sotong Shah Bandar




















Karnival ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Alat Permainan Hiburan seisi keluarga yang canggih dari luar Terengganu. Anda pasti terhibur.

Karnival TM Cabaran Candat Sotong Shah Bandar









Karnival ini sedang berlangsung bermula 19 Mei 2010 dan kemungkinan berlanjutan selama 1 bulan. Pengunjung boleh mencuba permainan yang hebat di sini.


Saturday, April 17, 2010

Karnival TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010




















Karnival TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 akan diadakan di Pantai Air Tawar, Besut.

Sunday, March 14, 2010

[ICT+Blog.jpg]
ICT & MULTIMEDIA TERENGGANU 2010 telah berlangsung pada 1-4 April. Pameran ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Image Promote Sdn. Bhd. sebagai penggerak event telah membuat promosi dengan memasang Billboard, Banner, Bunting, Flyer dan sebagainya.

Friday, February 5, 2010

[Candat+Sotong+2010+Flyer+Blog.jpg]
Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 akan bermula tidak lama lagi. Pendaftaran telah dibuka untuk menyertai Pertandingan Mencandat ini. Sila hubungi talian yang tertera.

Proton Gegar Pantai Timur 2010

[Proton+Gegar+Shahbandar.jpg]
Proton Gegar Pantai Timur 2010 adalah Program 2 hari Proton untuk mempromosikan penjualan kereta Proton di 4 tempat di 3 negeri pantai timur sepanjang tahun ini. Acara kali pertama ini diadakan di Dataran Syahbandar pada 29 & 30 Januari 2010. Rakan acara ini iaitu THR telah mempromosikan acara ini di radio THR dan berlintas langsung bersama KRU Gegar THR di beberapa tempat di Terengganu. Pihak kami (Image Promote) sebagai pengurus acara telah merancang pelbagai aktiviti kepada pengunjung bagi memeriahkan acara ini. Nantikan ketibaan kami di Kota Bharu, Kuantan dan Temerloh tidak lama lagi.

Sunday, December 27, 2009

Item Monsoon Cup 2009

[Item+Monsoon+Cup+2009.jpg]
Ini adalah sebahagian dari produk yang ditempah oleh pihak penganjur Monsoon Cup 2009 yang sempat kami siapkan. Terima kasih kepada pihak penganjur atas tempahan tersebut.

Sunday, October 4, 2009

Saturday, July 25, 2009

Pesta Terengganu 2009

[Karnival+Terengganu.jpg]
Pesta Terengganu 2009 telah berlangsung dari 31 Julai hingga 15 Ogos 2009 di Terengganu Equestrian Resort (TER) ....ada belake... Kehadiran amat memberangsangkan. Syarikat kami terlibat secara langsung dalam kerja-kerja promosi.

Cabaran Candat Sotong 2009, Sirkit 3 (Grand Final), Dungun

[Cabaran+Candat+Dungun.jpg]
Cabaran Candat Sotong 2009, Sirkit ke 3 ini diadakan pada 4 Mei 2009 di Jeti LKIM, Dungun. Cabaran ini adalah sirkit terakhir iaitu Grand Final dimana mata akan dikumpulkan untuk merebut hadiah Grand Final. Cuaca pada siang hari agak baik, namun pada malamnya ia bertukar hujan dan ribut menyebabkan cabaran ini dihentikan lebih awal.

Wednesday, July 22, 2009

Karnival Dungun 2009

[Karnival+Dungun.jpg]
TM Fiesta Musim Candat & Pekan Budaya Dungun digabungkan menjadi Karnival Dungun 2009 berlangsung pada 27 Jun hingga 20 Julai 2009 di Padang Astaka, Dungun, Terengganu. Image Promote sebagai Pengurus Acara telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Mewarna, Dam Aji, Karaoke, Persembahan Pentas dan lain-lain lagi. Bunting dan billboard telah dipasang di sekitar Dungun untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Saturday, June 13, 2009

Majlis Pra-Pelancaran Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge

[Pra+Sultan+Cup.jpg]
Majlis Pra-Pelancaran Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge ini berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah pada 6 Jun 2009. Image Promote diberi kepercayaan untuk membuat promosi seperti mencetak kad aturcara, banner, bunting, billboard dan backdrop pentas. Image promote juga diberi peluang membuat gimik acara perasmian. Artis yang terlibat membuat persembahan ialah Ella, Aizat dan Siti Sarah. Pertunjukan kuda (Show jumping) & Perarakan berkuda serta Pertunjukan Payung Terjun turut diadakan pada malam tersebut.

Wednesday, June 10, 2009

TM Cabaran Candat Sotong 2009 Sirkit 2 K. Terengganu

[Cabaran+Candat+Sotong+Ri-Yaz.jpg]
TM Cabaran Candat Sotong 2009 sirkit 2 di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa ini telah berlangsung pada 30 Mei 2009. Lebih 600 orang peserta yang menyertai cabaran ini yang terdiri daripada peserta baru dan peserta sirkit pertama sebelum ini. Oleh kerana jeti di sini agak besar, para peserta dapat menaiki bot secara beramai-ramai. Kali ini cuaca amat baik dan peserta dapat mencandat dengan selesa.

Tuesday, June 9, 2009

TM Fiesta Musim Candat 2009 (Dataran Syahbandar)

[TM+Fiesta+Musim+Candat+Syahbandar.jpg]
TM Fiesta Musim Candat 2009 di Dataran Syahbandar ini adalah bersempena TM Cabaran Candat Sotong Sirkit Ke Dua di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyung, Terengganu. Fiesta ini berlangsung dari 23 Mei hingga 13 Jun 2009. Pengisian fiesta ini sama sahaja dengan di Kelulut cuma kali ini permainan kanak-kanak dan orang dewasa dibawakan khas dari Pulau Pinang iaitu permainan terbesar yang pernah diadakan di Terengganu.

Monday, June 8, 2009

TM Cabaran Candat Sotong 2009 (Sirkit 1 - Marang)

[TM+Cabaran+Candat+Marang.jpg]
Majlis Pelancaran Bulan Candat Sotong 2009 dan Pelepasan TM Cabaran Candat Sotong 2009 telah berlangsung di Jeti LKIM Marang pada 2 Mei 2009. Hampir 700 orang peserta yang mengambil bahagian dalam Cabaran ini. 70 buah bot telah disediakan untuk peserta dan setiap buah bot ditempatkan seorang marshal untuk mengawasi peserta. Ini adalah sirkit pertama dan ada 2 lagi sirkit yang harus ditempuhi iaitu di K. Terengganu dan Dungun (Grand Final).

TM Fiesta Musim Candat 2009 Kelulut, Marang

[TM+Fiesta+Candat+Kelulut.jpg]
TM Fiesta Musim Candat 2009 diurus oleh Image Promote adalah anjuran Kerajaan Negeri dan Persatuan Pelancongan Terengganu. Penaja utama adalah Telekom Malaysia [TM]. Fiesta ini bermula dari 18 April - 8 Mei 2009 dan berlangsung di Pantai Peranginan Kelulut. 2 lagi fiesta menanti di Dataran Shahbandar dan di Padang Astaka, Dungun. Pelbagai acara menarik menanti anda di sana seperti Gerai Jualan, Permainan kanak-kanak, Persembahan Artis, Peraduan Mewarna, shuffle, badut, bluHippo, orang api dan lain-lain lagi.

Malam Rintihan Suara Anak Gaza

[Malam+Rintihan+Suara+Anak+GAZA.jpg]
Malam Rintihan Suara Anak Gaza berlangsung di Taman Tamadun Islam (Perkarangan Kubah As-Sakhrah) pada 23 Mac 2009, bermula jam 8.30 malam. Pejabat Menteri Besar memberi kepercayaan kepada Image Promote menjadi Produser Acara tersebut. Pengisian malam tersebut termasuklah Persembahan Puisi, Pentomin, Nasyid, Lagu-lagu berunsur keagamaan dan kemanusiaan. Menteri Besar, Dato' Ahmad Said diberi penghormatan menyampaikan puisi yang ditulis sendiri oleh beliau bertajuk 'Rintihan Suara Anak Gaza' pada malam tersebut.

Majlis Perasmian 4PU Negeri Terengganu

[Majlis+Perasmian+4PU+Negeri+Terengganu.jpg]
Majlis Perasmian 4PU Negeri Terengganu ini berlangsung pada 12 Mac 2009 di Perkarangan Kompleks Kraf Noor Arfa, Chendering. Image Promote diberi kepercayaan untuk membuat promosi, persiapan tempat dan gimik perasmian. Item yang kami siapkan adalah 'banner', 'bunting', 'backdrop', buku aturcara dan 'paperbag'.

Hari Bertemu Pelanggan & Kempen Kesedaran Keselamatan Feri dan Bot Penumpang

[Hari+Bertemu+Pelanggan+dan+Kempen+Keselamatan+Feri.jpg]
Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Kesedaran Keselamatan Feri Dan Bot Penumpang ini berlangsung pada 15 Januari 2009 di Jeti Shahbandar. Image Promote diberi tugas menyiapkan tempat termasuk merekabentuk dan memasang backdrop. Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Laut Wilayah Timur ini berjalan dengan baik dan lancar.

Sunday, June 7, 2009

Pecah Tanah Menara DPMMT

[Majlis+Pecah+Tanah+Bangunan+DPMMT.jpg]
Majlis Timbalan Perdana Menteri Bersama Usahawan Terengganu Dan Pecah Tanah Menara DPMMT ini berlangsung pada 13 Januari 2009. Tapak Menara DPMMT ini bersebelahan Pasaraya Giant dan Mydin Mall. Image Promote diberi kepercayaan untuk mengendalikan perjalanan acara ini termasuk penyiapan tempat, gimik perasmian, percetakan banner, bunting dan backdrop. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Monday, May 18, 2009

Monsoon Cup 2008

[Monsoon+Cup+2009.jpg]
Pada 3 Disember 2008, Terengganu sekali lagi menjadi destinasi acara dunia iaitu 'Monsoon Cup'. Syarikat kami diberi tugas untuk membuat 'A Board' untuk perarakan Monsoon Cup menggunakan bot penambang. Selain itu, payung Monsoon Cup, baju T 'tidak rasmi' dan kipas berkalendar juga kami telah siapkan.
[Perasmian+Karnival+WEC.jpg]
Perasmian Karnival FEI WEC 2008 berjalan dengan jayanya pada 6 November 2008. Karnival ini diadakan sepanjang Pertandingan Kuda Lasak berlangsung. Pihak kami diberi tugas untuk menjayakan karnival ini termasuk membuat bunting, banner dan backdrop. Banyak acara-acara yang berlangsung sepanjang Karnival ini seperti nyanyian Artis, Permainan Rakyat, demonstrasi membuat barangan kraftangan dan sebagainya.

Tuesday, March 17, 2009

Perasmian FEI-WEC 2008

[Pelancaran+FEI+WEC.jpg]
Majlis Perasmian FEI-WEC 2008 ini telah diadakan pada 5 November 2008. Ia berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu. Syarikat kami telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan segala promosi seperti di atas. Kami juga diberi tugas untuk menyediakan cenderahati sebanyak 50,000 set untuk diberikan kepada semua hadirin yang hadir. Kami dengan bantuan 50 sukarelawan telah bertungkus-lumus selama 5 hari 5 malam untuk menyediakan cenderahati tersebut.

PELANCARAN COUNTDOWN FEI-WEC 2008

[9+Okt+08+Pelancaran+Countdown.jpg]
Majlis Pelancaran Countdown FEI-WEC 2008 yang telah berlangsung pada 9 Oktober 2008 ini telah dirasmikan oleh TPM, YAB, Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abd. Razak. Image Promote terlibat secara langsung dalam penyediaan 'promotional item' seperti banner, bunting, billboard, backdrop, baju, kipas, paperbag, placard, sticker pada 4wd dan gimik pelancaran.

MAJLIS PERASMIAN RESTORAN PAYANG SERAI

[Perasmian+Payang+Serai.jpg]
Majlis Perasmian Restoran Payang Serai yang terletak berhampiran Waterfront Kuala Terengganu berlangsung pada 18 Oktober 2008, kami diberi tugas mempromosi, menjemput tetamu, memasang khemah dan pentas, membuat gimik dan perkara berkaitan. Persembahan Tarian Singa, Gendang 24 Seasons dan kompang turut diadakan. Upacara Pembukaan telah disempurnakan oleh Tengku Besar Terengganu (Bonda kepada SPBYD Agong).

PERSETUJUAN HAJI & PENDARATAN PERTAMA BOEING 747-300

[Perjanjian+Haji+Dan+Pendaratan+Sulung+B747.jpg]
Sempena Perjanjian Operasi Haji dan Pendaratan Pertama Boeing 747-400 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang telah disambut oleh Menteri Besar Terengganu, syarikat kami diberi tugas untuk membuat 'giant banner' dan backdrop di sekitar LTSM, Buku Aturcara dan perkara berkaitan.

Pelancaran 'Sultan's Cup Coffee Table Book'

[Pelancaran+CTB.jpg]
Pada 8 September 2008 SPB YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan untuk merasmikan pelancaran 'Sultan's Cup 2007 Coffee Table Book'. Majlis ini berlangsung sempena Majlis berbuka puasa di Palace Of The Golden Horses yang dianjurkan oleh pihak WEC dan kami terlibat dalam promosi, percetakan, printing backdrop dan Gimik perasmian.

Monday, March 16, 2009

ROADSHOW FEI-WEC 2008

[Roadshow.jpg]
Promosi bergerak (Road Show) Fei-WEC bermula di KL dan kemudian ke Cherating, Kemaman, Dungun, Kuala Berang, Wisma Darul Iman, Bachok, Genting dan Kota Bharu. Sepanjang Promosi ini, kami mengagihkan kepada pengunjung 'paperbag' yang mengandungi phamplet, sticker kereta, poster, kipas dan lain-lain. Sambutan dari pengunjung amat menggalakkan kerana kami membuka pameran di tapak-tapak ekspo. Kesemua roadshow berjalan selama hampir 2 bulan.

PELANCARAN ROADSHOW FEI-WEC 2008

[WEC+Pro+Launch.jpg]
Pelancaran Roadshow Fei World Endurance Challenge berlangsung di Palace Of The Golden Horses. Pihak kami diberi kepercayaan untuk membuat promosi bergerak bermula dari KL ke seluruh pantai timur juga di Genting. Segalanya bertitik tolak pada hari ini iaitu 19 Julai 2008.

SEMINAR NATSEM 2008

[Mesyuarat+NATSEM.jpg]
Seminar Natsem pada 16 Jun 2008 berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam dan syarikat kami diberi kepercayaan untuk membuat promosi seperti memasang billboard, banner, bunting dan yang paling rumit untuk dipasang ialah backdropnya yang besar iaitu berukuran 15x30.

KARNIVAL CANDAT SOTONG 2008

[Candat+Sotong.jpg]
Pada 24 Mei 2008 Perasmian Karnival Candat Sotong telah berjalan dengan jayanya selepas pihak kami bertungkus-lumus menyiapkan backdrop, kotak gimik dan orang sotong serta perkara-perkara berkaitan dengannya. Selain perasmian, pihak kami juga menyediakan tapak jualan dan beberapa persembahan seperti nyanyian, orang api, badut dan sebagainya.

MAJLIS PERASMIAN TECC DI TER

[Perasmian+TECC+TER.jpg]
Pelancaran TECC (Terengganu Equestrian & Country Club) TER (Terengganu Equestrian Resort) berlangsung pada 17 April 2008. Syarikat kami diberi peluang untuk membuat promosi dan 'event' termasuklah membuat gimik. Kerja-kerja yang dijalankan termasuklah Mencetak dan membuat banner, bunting, billboard, membuat gimik dan sebagainya.

PERASMIAN TAMAN TAMADUN ISLAM

[Perasmian+Taman+Tamadun+Islam.jpg]
Perasmian Taman Tamadun Islam berlangsung pada 3 Februari 2008. Sekali lagi syarikat kami dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas promosi seperti mencetak poster, phamplet, paper bag, handfan, kad jemputan, souvenir, membuat bunting, banner, billboard, mencetak baju dan lain-lain yang berkaitan. Tugas yang amat mencabar iaitu memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Persiapan bermula awal Disember lagi.

PERASMIAN HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN

[Pelancaran+Hari+Peladang.jpg]
Pelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan berlangsung 3 hari sebelum Hari Kemerdekaan iaitu pada bulan Ogos 2007. Syarikat kami dipertanggungjawabkan untuk membuat promosi dan merancang agar pelaksanaan majlis ini berjalan dengan lancar. Antara tugas kami termasuklah merekabentuk, mencetak, mengurus event, membuat gimik dan sebagainya yang berkaitan dengan majlis tersebut.