Pesta Terengganu 2009 telah berlangsung dari31 Julai hingga 15 Ogos 2009 di Terengganu Equestrian Resort (TER) ....ada belake... Kehadiran amat memberangsangkan. Syarikat kami terlibat secara langsung dalam kerja-kerja promosi.
Cabaran Candat Sotong 2009, Sirkit ke 3 ini diadakan pada 4 Mei 2009 di Jeti LKIM, Dungun. Cabaran ini adalah sirkit terakhir iaitu Grand Final dimana mata akan dikumpulkan untuk merebut hadiah Grand Final. Cuaca pada siang hari agak baik, namun pada malamnya ia bertukar hujan dan ribut menyebabkan cabaran ini dihentikan lebih awal.
TM Fiesta Musim Candat & Pekan Budaya Dungundigabungkan menjadiKarnival Dungun 2009berlangsung pada 27 Jun hingga 20 Julai 2009 di Padang Astaka, Dungun, Terengganu. Image Promote sebagai Pengurus Acara telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Mewarna, Dam Aji, Karaoke, Persembahan Pentas dan lain-lain lagi. Bunting dan billboard telah dipasang di sekitar Dungun untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Blog ini disediakan oleh Jasmi Mohamad, Designer Image Promote. Segala kekurangan dan kelemahan gambar dan tulisan dalam blog ini mohon dimaafi dan sekiranya ada sesuatu yang perlu diperbaiki, silalah bagi tahu saya melalui H/P: 019-9235677.